Terma & Syarat Pengguna (SuperDeals)

Selamat Datang ke laman web SuperDeals

http://superdeals.com.my/ adalah laman web yang dimiliki oleh Synchrosound Studio Sdn Bhd (215342-D). Laman web ini beroperasi dan diselenggara oleh syarikat. Terma pengguna ini digunakan kepada semua pengguna laman web dan kepada semua pengguna yang bakal menjadi pelanggan untuk produk dan perkhidmatan yang dipaparkan dan ditawarkan di laman  web ini.

Syarikat dan laman ini dirujuk sebagai "kami" atau "kita". Kami berhak untuk menyemak semula, meminda terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis bertulis dahulu. Sila lawati laman ini secara berkala untuk menyemak terma semasa kerana akses anda atau pengunaan laman akan dianggap sebagai penerimaan yang tidak dibenarkan untuk diubah, melakukan pengubahsuaian dan membuat perubahan.

Dasar Privasi

Dasar Privasi kami digunakan untuk penggunaan laman ini dan menjadi sebahagian daripada terma. Ia juga menjelaskan dasar kami berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan data persendirian anda. Dengan mengakses dan menggunakan laman atau mana-mana penyedia perkhidmatan pada laman itu, anda membenarkan dan bersetuju dengan terma yang ditentukan dalam dasar privasi dan semua tindakan kami diambil berkenaan dengan data peribadi anda selaras dengan dasar privasi kami. Klik di sini untuk membaca dasar privasi kami.

Penerimaan Terma

Anda mesti berumur (18) tahun keatas untuk mengunakan dan mengakses perkhidmatan laman ini. Dengan menggunakan laman ini anda menerangkan dan menjamin bahawa anda adalah orang dewasa yang sah dan anda secara berwibawa untuk memasuki terma, syarat, kewajipan dan ikrar dan mematuhi semua undang-undang, dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan laman dan perkhidmatan yang disediakan di laman ini.

Akaun SuperDeals dan Pendaftaran

Anda mesti mendaftar dengan membuka akaun sebelum mengakses produk dan perkhidmatan kami di laman ini. Anda bertanggungjawab dalam merahsiakan dan menjaga keselamatan kata laluan dan akaun anda. Anda juga bertanggungjawab dengan sebarang tindakan dan aktiviti yang terjadi di bawah akaun anda dan kata laluan. Sekiranya anda mengetahui ada pihak lain menggunakan akaun anda atau sebarang pelanggaran keselamatan akaun anda, anda harus memaklumkan secepatnya kepada kami. Dengan mendaftar akaun dengan kami, anda bersetuju dengan terma dan syarat dasar privasi kami. Sila membaca dasar privasi kami sebelum mendaftar.

Anda tidak dibenarkan menyamar untuk menjadi orang lain ketika mendaftar akaun. Kami berhak untuk membatalkan, melumpuhkan, menggantung atau menamatkan akaun anda jika anda melanggar syarat ini atau gagal mematuhi mana-mana bahagian syarat penggunaan ini.

Setiap kali anda log masuk ke akaun anda dan menggunakan kata laluan, anda disahkan sebagai pengguna yang sah mengakses dan menggunakan laman web ini dengan secara konsisten yang tertera di terma pengguna.

Mengakses melalui Facebook

Anda boleh memilih untuk mendaftar akaun SuperDeals melalui Facebook. Untuk menyambungkan akaun anda ke Facebook, sila berhubung dengan khidmat pelanggan kami. Dengan memilih untuk akaun anda disambungkan dengan media sosial, termasuk Facebook atau menggunakan cara lain, anda bersetuju untuk pengumpulan dan menggunakan dan berkongsi maklumat tentang anda dengan kami dan yang lain-lain, seperti nama anda, lokasi dan maklumat untuk berhubung, tarikh lahir, jantina dan lain-lain maklumat.

Anda juga bersetuju dan mengakui yang kami tidak bertanggungjawab atau liabiliti untuk apa-apa kandungan yang telah anda sunting atau tindakan yang anda ambil bila menggunakan laman media sosial ini.

Penggantungan atau Penamatan Akaun

Antara beberapa perkara berikut (yang tidak lengkap) kami berhak untuk menghadkan aktiviti di bawah akaun anda, menggantung akaun anda buat sementara waktu, menamatkan akaun anda dan/atau melarang anda mengakses dan menggunakan perkhidmatan kami:

  • Anda melanggar terma pengguna;
  • Anda menyediakan maklumat yang salah, tidak tepat, tidak lengkap atau salah;
  • Anda melakukan penipuan di bawah akaun pihak ketiga anda;
  • Aktiviti dan tindakan di bawah akaun anda menyebabkan kerosakkan, kerugian atau berbahaya kepada kami atau pengguna lain atau menyerang privasi pengguna lain di laman ini.
  • Anda menggunakan akaun perbankan seseorang untuk membayar produk yang anda tempah dan;
  • Anda menyalahgunakan akaun anda atau terlibat dalam sebarang aktiviti yang tidak sah (menggunakan akaun anda atau akaun pengguna orang lain) di laman ini.

Walaupun yang telah disebut terlebih dahulu, kami ada hak mengikut budi bicara kami untuk menamatkan akses anda kepada kesemua atau sebahagian daripada perkhidmatan SuperDeals anda untuk sebarang sebab atau tanpa notis.

Lesen untuk menggunakan laman ini

Kami memberi anda lesen yang tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dideskripsikan, terhad untuk mengakses dan penggunaan bukan komersil perkhidmatan kami di laman ini. Lesen ini tidak termasuk apa-apa penggunaan komersil dari mana-mana perkhidmatan atau kandungannya; atau apa-apa pengumpulan dan penggunaan mana-mana senarai produk, perihalan, atau harga; sebarang penggunaan terbitan terhadap mana-mana perkhidmatan atau kandungannya; apa-apa muat turun, menyalin, atau menggunakan maklumat akaun lain untuk faedah mana-mana pihak ketiga; atau mana-mana perlombongan data atau pengumpulan data dan alat pengekstrakan. Kami menyimpan dan mengekalkan semuak hak yang diberikan secara nyata kepada anda dalam syarat penggunaan ini.

Anda tidak dibenarkan untuk mencetak, menduplikasi, menyalin, menjual, atau menjual semula dan mengeksploitasi mana-mana bahagian perkhidmatan kami, untuk apa-apa tujuan komersil tanpa keizinan bertulis kami. Anda tidak boleh merangka atau menggunakan teknik perangkaan untuk mana-mana tanda dagangan, logo atau maklumat proprietary lain (termasuk imej, teks, susun atur halaman, atau bentuk) tanpa kebenaran bertulis kami. Anda tidak boleh menggunakan mana-mana tag meta atau “teks tersembunyi” yang menggunakan nama atau tanda dagangan niaga SuperDeals tanpa kebenaran bertulis kami. Anda tidak boleh menyalahgunakan perkhidmatan kami. Anda hanya boleh menggunakan perkhidmatan kami seperti yang dibenarkan dalam undang-undang. Lesen yang diberikan kepada anda untuk mengakses laman ini akan di tamatkan sekiranya anda tidak mematuhi terma pengguna ini.  

Tanggungjawab Pengguna

Anda hendaklah menggunakan laman ini dan perkhidmatan kami dengan menanggung sebarang risiko sendiri. Anda bersetuju untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan kami untuk tujuan yang sah sahaja dan tidak menjalankan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang yang berkaitan dengan perkhidmatan kami di laman ini. Anda harus memastikan segala maklumat yang anda berikan pada laman ini berhubung dengan perkhidmatan kami adalah tepat dan benar. 

Anda tidak perlu bergantung dengan sebarang maklumat yang dibuat melalui pihak ketiga. Anda perlu mengesahkan kesahihan dan keaslian maklumat itu sebelum mengambil apa-apa tindakan. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan, kehilangan atau perbelanjaan yang ditanggung akibat dari apa-apa penggunaan atau akses kepada laman web pihak ketiga yang dipautkan ke laman, walaupun kami telah dinasihatkan kemungkinan yang sama.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertikaian dengan mana-mana pihak dalam urus niaga, anda bersetuju untuk melepaskan dan menanggung kerugian kami, pengarah, pegawai, pekerja, ahli bersekutu, anak syarikat dan wakil untuk membuat tuntutan, permintaan, tindakkan, kerugian, kerosakkan, kos dan perbelanjaan, termasuk ganti rugi sebenar, khas, sampingan atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan urus niaga tersebut.

Pembayaran

Kami boleh pada bila-bila masa membuat keputusan untuk tidak memberikan perkhidmatan kami atau kami boleh mengubah untuk menyediakan asas yang kami bersedia untuk menyediakan perkhidmatan kami. Semua barangan tertakluk pada ketersediaan. Semua harga yang dipaparkan mungkin boleh berubah pada bila-bila masa sahaja melainkan kami menyatakan ketersediaan untuk tempoh masa tertentu. Semua harga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (“GST”).

Cara Pembayaran

Pembayaran boleh dilakukan melalui kad kredit, kad debit atau perbankan dalam talian. Ketika anda memberikan maklumat kad kredit anda pada kami, anda mengesahkan bahawasanya anda adalah pihak yang diberi kuasa untuk menggunakannya.

Sila ambil maklum bahawasanya kami mungkin menambah beberapa terma dan syarat yang dikenakan oleh pihak bank/institusi kewangan yang mengeluarkan untuk modus pembayaran melalui kad kredit, kad debit dan perbankan dalam talian. Anda bertanggungjawab untuk memastikan yang anda mematuhi segala terma dan syarat.

Bila anda membuat pembayaran melalui kad kredit, kad debit dan perbankan dalam talian, sila pastikan anda menyimpan resit sebagai bukti anda sudah membuat pembayaran. Invois jualan akan dihantar kepada anda melalui e-mel untuk pengesahan penghantaran.

Kami akan menolak pesanan anda sekiranya pembayaran melalui kad kredit atau kad debit anda ditolak tanpa sebarang sebab.

Perubahan Harga

Harga produk dan perkhidmatan tidak akan dikenakan caj tambahan atau surcaj, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh vendor. Kami mempunyai hak untuk melaraskan harga untuk perkhidmatan atau sebarang komponennya dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa mengikut budi bicara tunggal dan mutlak kami

Sekiranya harga produk dan perkhidmatan yang di jual di SuperDeals adalah tinggi daripada harga yang kami nyatakan, anda boleh membatalkan pesanan anda sebelum penghantaran produk atau perkhidmatan atau sebelum penebusan perkhidmatan baucar pada vendor/pedagang yang mengambil bahagian.

Kami tidak akan mengenakan sebarang caj kepada kad kredit dan kad debit selepas proses memilih pesanan dan mendaftar keluar.

Tiada Pemulangan

Jika anda berhajat untuk membuat pemulangan, kami membenarkan dengan hanya dua (2) pilihan: wang tunai atau kredit tunai.

Kredit tunai: Sila hubungi kami melalui e-mel, berbual secara langsung menggunakan live chat yang tersedia di laman web, atau hubungi khidmat pelanggan kami dan memberitahu bahawa anda berhajat untuk membuat permintaan pemulangan. Anda akan mendapat e-mel memaklumkan bahawa akaun anda sudah di kreditkan. Kredit tunai yang di kembalikan ke akaun anda akan secara automatik di kreditkan untuk pembelian pada masa akan datang. Kredit tunai mempunyai tempoh sah selama tiga (3) bulan sahaja. Apabila sudah tamat tempoh, kredit tunai itu tidak lagi boleh digunakan.

Pemulangan wang tunai: Sila hubungi khidmat pelanggan kami dan memberitahu anda berhajat untuk membuat pulangan wang tunai. Pemulangan wang tunai hanya boleh dibenarkan sekiranya anda membuat pembatalan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh atau penempatan pesanan. Anda dikehendaki menyediakan butiran maklumat anda seperti nombor akaun bank untuk bayaran balik tersebut. Anda akan menerima e-mel yang menyatakan kami sudah membuat bayaran balik. Pemulangan wang tunai akan mengambil masa 15 hari untuk di kreditkan didalam akaun. Sila periksa dengan institusi kewangan anda, sekiranya tidak di kreditkan dalam tempoh tersebut.

Pembatalan

Kecuali dinyatakan sebaliknya, anda boleh membatalkan pesanan anda untuk apa-apa sebab dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh anda membuat pembayaran. Anda boleh membatalkan pesanan anda dengan menekan butang “Pembatalan”. Untuk pembatalan anda boleh lakukan dalam tempoh tiga (3) hari, kami akan mengarahkan penyedia perkhidmatan untuk membayar kembali kepada anda dalam masa dua puluh empat jam (24) jam untuk dikreditkan semula ke akaun anda. Bagi perkhidmat baucar anda, anda tidak dibenarkan membuat pembatalan walaupun tempoh sah sudah tamat tempoh.

Transaksi yang boleh dibatalkan

Kami berhak untuk membatalkan langganan anda, berhenti memberikan perkhidmatan kepada anda, menolak pembayaran, sekiranya kami dapati anda terlibat dalam penipuan, menyamar sebagai orang lain untuk membeli produk, menggunakan akaun orang lain dan perbankan orang lain untuk membuat pembayaran, melanggar apa-apa terma yang disebut di sini atau tidak mematuhi apa-apa terma dan syarat yang diterbitkan di laman. Jika anda gagal memulangkan produk apabila diminta atau menyelesaikan pembayaran atas permintaan, kami berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap anda.

Penebusan Baucar

Terdapat beberapa baucar disetiap pesanan atau disetiap pembelian pada troli belanja. Baucar tidak boleh dipulangkan ketika membuat pembayaran walaupun anda tidak menebus atau menggunakan baucar yang anda beli di laman ini. Terma dan syarat berkenaan kesahihan baucar dan penebusan baucer terdapat dalam setiap baucer yang boleh didapati dalam SuperDeals anda.

Seteleh membeli baucar di dalam laman, anda akan menerima e-mel daripada kami. Kami akan memberikan kod baucar untuk anda menebus produk ataupun perkhidmatan yang mengambil bahagian sebagai vendor/pedagang kami. Anda dikehendaki untuk menunjukkan kod baucar kepada vendor/pedagang yang mengambil bahagian sebagai pengesahan. Sekiranya pengesahan sudah tamat tempoh, anda tidak boleh menebus kod baucar tersebut. Kod baucar hanya sah untuk satu (1) penebusan setiap satu e-mel. Pelbagai penebusan tidak boleh diterima dan vendor/pedagang yang mengambil bahagian tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk untuk menghormati sebarang tawaran yang diterima sebagai melanggar syarat pengguna dan syarat yang disebut di dalam baucar.

Semua kod kupon tersedia sehingga bekalan habis atau sehingga tamat tempoh yang sah, mana yang terlebih dahulu. Sekiranya tidak ditebus atau digunakan dalam tempoh itu, kami tidak akan membuat sebarang pemulangan.

Hak Dagangan

Kami adalah pengendali laman ini, dan kandungan laman ini adalah harta kami atau digunakan di bawah lesen untuk pelanggan, penjual dan pedagang kami. Kami adalah pemilik penyusunan maklumat di laman ini.

Semua, logo, ikon, grafik, nama dagangan, tanda perkhidmatan, tanda dagangan, gambar, teks, laman web, nama domain dan apa-apa harta intelek berhubung dengan (“Tanda”) SuperDeals adalah harta intelek yang dimiliki oleh kami atau dilesenkan kepada kami. Kami juga mempunyai hak ke atas semua kandungan harta intelek termasuk reka bentuk, susun atur, gambar dan teks di laman web. Rupa dan gabungan warna, elemen grafik yang lain dan sebarang tanda dagangan serta bahan hak cipta di laman ini adalah harta intelektual syarikat.

Hak kami dilindungi oleh perjanjian antarabangsa, dengan undang-undang hak cipta yang terpelihara, tanda dagangan, paten, rahsia perdagangan dan hak dagangan yang lain. Anda tidak membenarkan untuk menyalin, mengubah suai, memaparkan semula, mengedar, meniru dalam mana-mana format, kandungan atau tanda untuk apa-apa tujuan komersial atau perniagaan tanpa persetujuan bertulis daripada kami. Kami memberikan lesen terhad, tidak eksklusif dan tidak boleh dibatalkan untuk mengakses laman ini untuk tujuan menyemak imbas produk atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk dijual, atau mendapatkan maklumat dari laman ini. Sekiranya anda melanggar terma ini, kami berhak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sesuai terhadap anda.

Lesen anda untuk mengakses laman ini tidak meliputi apa-apa kegunaan komersil, atau untuk menggunakan mana-mana laman tersebut untuk faedah mana-mana entiti selain daripada kami. Anda tidak boleh menghasilkan semula, menduplikasi, menyalin, menjual, meniru atau menjual semula, mengeksploitasi mana-mana bahagian laman untuk tujuan komersil atau tujuan lain tanpa persetujuan dari kami. Anda tidak dibenarkan untuk untuk mencipta pautan yang mengambarkan kami, ahli bersekutu kami, produk atau perkhidmatan kami dalam perkara yang menyinggung, menghina, mengelirukan atau salah. Anda tidak boleh merangka atau menggunakan teknik merangka untuk melampirkan tanda dagangan kami, logo, maklumat dagangan (gambar, teks, kandungan format atau susun atur) untuk apa sahaja tujuan tanpa keizinan bertulis daripada kami.

Anda tidak dibenarkan untuk memuat turun mana-mana bahagian di laman ini (selain dari caching halaman automatik), meminda atau mengubah suai apa-apa bahagian untuk menghasilkan semula atau menyalin, menjual (termasuk mana-mana penjualan semula) atau sebaliknya mengeksploitasi laman ini (atau mana-mana bahagian daripadanya) untuk apa-apa tujuan selain daripada yang dinyatakan di sini, dan tidak dibenarkan untuk merangka laman atau untuk memaut kepada mana-mana unsur selain laman utama.

Anda dibenarkan untuk memaut ke laman utama kami dengan syarat bahawa pautan itu tidak mengelirukan, salah, menghina, atau memudaratkan kepentingan kami tetapi anda tidak dibenarkan menggunakan mana-mana tanda kami sama ada atau berkaitan dengan pautan sedemikian.

Setakat ini undang-undang yang dibenarkan adalah kami berhak mengubah, menyusun semula, menambah, mengubah atau memadam apa-apa kandung termasuk tanpa batasan, ciri, reka bentuk dan susun atur laman, kandungan, iklan, senarai produk dan perkhidmatan, jenis perkhidmatan dan maklumat yang dipersembahkan atau dipaparkan di laman ini.

Selain tanda, logo-logo dan nama yang tertera di dalam laman adalah dimiliki oleh pihak ketiga. Anda bertanggungjawab untuk memastikan yang hak harta intelektual mereka tidak dilanggar. Anda akan menanggung rugi terhadap kami sekiranya terjadi sebarang kerosakan atau kehilangan yang timbul daripada tuntutan pihak ketiga atas pelanggaran hak harta intelektual sedemikian.

Laman Pihak Ketiga: Pengiklanan

Laman ini mengandungi pautan kepada laman web pihak ketiga, termauk pautan yang disediakan sebagai hasil carian automatik. Pautan ini tidak bermakna kami mengesahkan perkhidmatan atau laman pihak ketiga ini. Anda dengan ini mengakui dan bersetuju yang kami tidak bertanggungjawab atas apa kandungan atau apa-apa bahan pada laman pihak ketiga ini. Apa-apa urusan yang ada pada pengiklan yang ditemui di laman ini adalah antara anda dan pengiklan dan anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau tuntutan yang anda mungkin di caj pada anda terhadap pengiklan.

Penafian

Semua produk dan perkhidmatan SuperDeals disediakan berdasarkan 'sebagaimana adanya' dan 'tersedia'. Anda mengakui dan bersetuju yang produk dan perkhidmatan SuperDeals tidak bebas dari sebarang kesalahan atau ketinggalan mahupun terganggu walaupun dalam keadaan operasi yang sepenuhnya, atau bebas dari sebarang virus atau komponan berbahaya yang lain. Tidak semua ciri dan fungsi, produk dan perkhidmatan SuperDeals akan tersedia di dalam semua peranti. Kita tidak memberi jaminan semua, atau mana-mana ciri produk dan perkhidmatan SuperDeals akan berfungsi untuk mana-mana peranti tertentu.

Produk dan perkhidmatan SuperDeals boleh digantung buat sementara waktu tanpa sebarang notis atau apa-apa alasan termasuk had dalam kegagalan sistem, penyelenggaraan atau pembaikan atau disebabkan perkara yang munasabah di luar kawalan kami. Kecuali apa yang telah dimaklumkan, kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau kepada sesiapa sekiranya semua atau mana-mana bahagian produk dan perkhidmatan SuperDeals tidak tersedia, dihentikan, diubah suai atau diubah dengan apa-apa cara.

Sebagai tambahan kepada pengecualian spesifik lain yang dinyatakan dalam syarat penggunaan, kami tidak menerima apa-apa liabiliti untuk:

  • Sebarang kerosakkan atau kerugian yang berlaku kepada anda semasa menggunakan perkhidmatan kami dan semasa menggunakan produk dan perkhidmatan yang dijual di laman ini dengan melanggar terma pengguna termasuk tanpa had anda menggunakan perkhidmatan kami dan ketika menggunakan produk dan perkhidmatan yang dijual di laman ini dengan tujuan selain daripada kegunaan sendiri atau kegunaan bukan komersial;
  • Sebarang kehilangan data yang terhasil ketika anda menggunakan perkhidmatan kami dan semasa menggunakan produk dan perkhidmatan yang dijual di laman ini.
  • Sebarang kehilangan pendapatan, hasil, perniagaan, keuntungan atau kontrak yang hasil daripada penggunaan perkhidmatan kami dan semasa menggunakan produk dan perkhidmatan yang dijual di laman;
  • Sebarang kegagalan, penggantungan dan/atau penamatan akses kepada perkhidmatan kami ketika anda sedang menggunakan produk dan perkhidmatan yang dijual oleh kami dalam laman dan/atau apa-apa kandungan yang berkaitan atau timbul daripada perkara yang berada di luar kawalan kami (termasuk tetapi tidak terhad kepada serangan, kunci-keluar atau pertikaian industry lain, kemalangan nuclear atau bencana alam , peperangan atau serangan penganas, rusuhan, kekecohan, kerosakkan yang berniat, pematuhan terhadap mana-mana undang-undang atau perintah kerajaan, peraturan atau arahan peraturan, kemalangan atau kerosakan tumbuhan atau jentera, kebakaran, banjir, ribut atau kegagalan pembekal dan jika mereka berada diluar kawasan kami apa-apa perbuatan, kejadian, ketinggalan atau kemalangan yang lain);
  • Sebarang tuntutan yang dibawa terhadap anda oleh pihak ketiga kecuali seperti yang dinyatakan di dalam terma penggunaan; dan/atau
  • Sebarang kerosakkan dan kerugian disebabkan anda dimana kerosakkan dan kerugian sedemikian (i) tidak munasabah untuk anda dan kami ketika anda menggunakan perkhidmatan dan ketika menggunakan produck dan perkhidmatan yang dijual pada laman ini atau (ii) tidak munasabah kepada anda dan kami tapi hanya secara tidak langusng berkaitan ketika anda menggunakan perkhidmatan kami dan ketika menggunakan produk dan perkhidmatan yang dijual di dalam laman ini; dalam kedua kes termasuk di mana kerosakkan atau kerugian di sebabkan dari pelanggaran terma pengguna.
  • Sebarang kandungan atau apa-apa barang termasuk dalam perkhidmatan kami dan ketika kami menggunakan produk dan perkhidmatan yang dijual pada laman ini tidak dan tak dimaksudkan untuk, amaun nasihat yang anda harus bergantung. Oleh itu, kami tidak menerima apa-apa tanggungjawab untuk apa-apa tindakan atau peninggalan yang mungkin anda ambil bergantung kepada kandungan atau bahan tersebut.

Kami tidak bertanggungjawab untuk pengguna yang lain atas tindakan atau ketidakgiatan, termasuk kandung yang mereka di paparkan pada laman. Untuk pengetahuan anda kami bukan penjual dalam talian tradisional. Kami tidak terlibat dalam urus niaga sebenar diantara pembeli dan penjual, tawaran untuk jualan atau pengiklanan pada laman.

Kami tidak menjamin atau mewakili bahawa akses atau penggunaan laman atau perkhidmatan yang disediakan di laman ini atau mana-mana laman yang dipautkan akan terganggu atau bebas daripada kesalahan atau ralat, segala kecelaan akan diperbetulkan, atau bahawa perkhidmatan atau laman yang berkaitan bebas dari virus computer atau konponen yang berbahaya.

Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang maklumat yang dihantar oleh anda atau dari anda melalui laman web pihak ketiga atau perkhidmatan, dan anda menerima segala risiko dari maklumat yang dihantar atau menerima melalui perkhidmatan atau laman web pihak ketiga.

Dalam keadaan apa pun, ahli kami, anak syarikat kami, wakil kami atau pembekal kami bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk kerosakkan secara langsung dan tidak langsung, berbangkit, sampingan, khas atau hukuman, sama ada dalam kontrak atau ganti rugi, yang timbul dalam apa-apa cara daripada akses atau penggunaan atau ketidakupayaan untuk mengakses atau menggunakan mana-mana perkhidmatan atau apa-apa yang berkaitan atau sebarang kandungan, termasuk tanpa had kerugian yang hilang, gangguan perniagaan, atau kehilangan program atau data lain mengenai sistem computer atau sebaliknya, walaupun kami dinasihatkan mengenai kemungkinan kerosakan sedemikian.

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa tindakan yang tidak dilaksanakan atau kelewatan dalam pelaksanaan yang disebabkan oleh apa-apa tindakan di luar kawalannya yang munasabah, termasuk tanpa batasan tindakan atau peninggalan pihak ketiga, ketiadaan bekalan, peperangan, serangan, kebakaran, banjir atau apa-apa bencana alam , mana-mana undang-undang, peraturan atau perintah mana-mana mahkamah, kerajaan atau agensi kerajaan, atau kelewatan, ketiadaan, kesilapan, atau kegagalan internet atau rangkaian data lain.

Kami tidak bertanggungjawab atau menerima liabiliti untuk sebarang ugutan, penyataan fitnah, perkara menjelikkan (lucah), serangan atau menyalahi undang-undang atau kelakuan mana-dari mana pihak lain atau pelanggaran hak orang lain termasuk hak harta intelek.

Ganti Rugi

Anda bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan menanggung kami, ahli sekutu kami, anak syarikat kami atau wakil kami tidak berniat untuk semua tuntutan, kerugian, ganti rugi, liabiliti dan kos (termasuk tanpa had yuran guaman), yang timbul daripada atau berkaitan dengan terma pengguna atau akses kepada anda atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan di laman ini. Kewajipan ganti rugi yang disebut akan bertahan dalam pengguguran terma pengguna dan pengendalian perkhidmatan atau apa-apa produk yang diberikan kepada anda, yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan anda.

Kemerosotan

Jika ada sebarang peruntukan atau sebahagian dari terma pengguna, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang yang terpakai di Malaysia, peruntukkan seperti itu akan dianggap terlerai dari terma pengguna dan selebihnya terma pengguna tidak akan terjejas dan setiap terma dan peruntukan terma pengguna adalah sah dan boleh dikuatkuasakan setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang.

Penggunaan Antarabangsa

Kami tidak membuat sebarang bantahan bahawa kandungan yang disediakan di laman ini adalah sesuai atau tersedia untuk kegunaan di dalam kawasan atau kegunaan luar dari Malaysia dan mengaksesnya dari wilayah yang dimana kandungannya menyalahi undang-undang. Sekiranya anda memilih untuk mengakses laman ini atau laman web pihak ketiga dari luar Malaysia, anda berbuat demikian, atas inisiatif anda sendiri dan anda perlu bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan di lokasi tersebut.

Pilihan undang-undang dan lokasi untuk menyelesaikan pertikaian

Oleh kerana laman ini dikendalikan oleh kami di dalam Malaysia, terma pengguna akan ditadbir oleh dan dikuatkuasakan mengikut undang-undang di Malaysia dan anda bersetuju dan mengemukakan kepada perjalanan bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah untuk tujuan litigasi apa-apa tuntuan atau tindakan sedemikian.

Sila ambil perhatian yang anda bersetuju dengan tema pengguna;

  1. mengetepikan tuntutan bahawa anda mungkin telah menentang kami berdasarkan undang-undang bidang kuasa lain, termasuk anda sendiri;
  2. secara tidak boleh bersetuju dengan bidang kuasa eksklusif, dan tempat di Malaysia atas apa-apa pertikaian atau tuntutan yang anda miliki dengan kami; dan
  3. anda patuh kepada bidang kuasa peribadi mahkamah yang terletak di Malaysia untuk tujuan menyelesaikan sebarang pertikaian atau tuntutan sedemikian.

Penamatan

Hak anda untuk menggunakan laman ini secara automatik terbatal/tamat jika anda melanggar terma pengguna atau mana-mana peraturan atau garis panduan yang berkaitan dengan laman ini. Kami juga berhak atas budi bicara kami sendiri untuk menamatkan akses anda keada semua atau sebahagian laman untuk apa-apa sebab atau tanpa sebarang notis.

Tiada Pengecualian

Kegagalan kami untuk menegaskan atau menguatkuasakan prestasi ketat mana-mana peruntukan Terma Penggunaan tidak boleh dianggap sebagai pengecualian mana-mana peruntukan atau hak. Sama ada perilaku antara pihak-pihak atau amalan perdagangan tidak akan mengubahsuai mana-mana Terma Pengguna. Jika mana-mana peruntukan Terma Pengguna adalah menyalahi undang-undang, tidak sah atau atas apa-apa sebab yang tidak boleh dikuatkuasakan, maka peruntukan itu akan dianggap terhenti daripada Syarat Penggunaan dan tidak akan menjejaskan kesahihan dan kebolehkuatkuasaan mana-mana peruntukan yang selebihnya.

Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, komen atau aduan mengenai laman ini, sila isi borang yang disediakan di laman menu.

TAMAT

Ada soalan lagi? Serah permintaan

0 Komen

Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.