Dasar Privasi

Dasar privasi ini merujuk kepada laman web https://superdeals.com.my/. Dengan mengunakan laman web ini, anda membenarkan dan bersetuju kepada terma dasar privasi yang merangkumi pengunaan, pengumpulan, pemprosesan dan perkongsian maklumat peribadi anda untuk tujuan yang disebutkan dibawah.

Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma dasar privasi ini pada bila-bila masa dengan meletakkan dasar yang dikemaskini di laman web. Dengan melayari laman web, memuat naik, meninjau atau meneruskan penglibatan anda di laman web ini serta mengikuti pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan kepada dasar privasi ini, tindakan tersebut secara automatik menyatakan penerimaan anda tentang pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan yang dibuat.  

Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan digunakan.

Apakah maklumat yang kami kumpul?

Maklumat peribadi yang kami kumpul daripada anda termasuk nama ,nombor telefon, alamat e-mel atau sebarang maklumat mengenai anda yang diberikan kepada kami/atau sebarang maklumat tentang anda yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh kami.

Kami juga mengumpul dan menyimpan maklumat daripada peranti seperti telefon pintar, komputer dan peranti elektrik lain yang dihubungkan dengan laman web, termasuk alamat IP (Internet Protocol), maklumat log masuk anda, jenis pelayaran, versi, jenis pelayan web, sistem pengendalian dan platform. Kami menggunakan suar web dan teknologi lain untuk mengira dan mengumpul tindak balas halaman dan tingkah laku pengunjung di laman web. Kami juga mengumpul maklumat teknikal untuk kami mengenalpasti peranti anda atas sebab keselamatan dan integriti laman web.

Daripada mana maklumat peribadi anda dikumpulkan?

Kami boleh mengumpulkan maklumat peribadi anda daripada sumber berikut:

  • Semasa mengisi dan melengkapkan borang yang diberikan kepada anda melalui talian atau sebaliknya.
  • Ketika menekan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan atau dipaparkan yang dijual di laman web.
  • Apabila anda mengikuti, menyukai atau meminati platform media sosial kami.
  • Berkomunikasi dengan kami melalui e-mel atau berinteraksi dengan khidmat pelanggan kami.

 

Kenapa kami mengumpul maklumat peribadi anda?

Kami menggunakan dan memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

  • Memproses akaun SuperDeals anda
  • Memproses persanan dan pembayaran anda di laman web.
  • Memproses langganan anda untuk surat berita kami
  • Memberikan maklum balas untuk sebarang pertanyaan atau permintaan maklumat.
  • Berhubung dengan anda melalui e-mel, whatsapp,dan surat untuk memberitahu anda tentang promosi kami, acara, produk terbaharu dan perkhidmatan bagi tujuan pemasaran.
  • Mengesan, mencegah dan menyiasat pelanggaran keselamatan atau penipuan.
  • Mengekalkan rekod yang sesuai untuk tujuan pentadbiran
  • Mengesahkan dan memproses permohonan anda berkaitan dengan perkhidmatan yang diminta oleh anda.
  • Memahami dan menganalisis keperluan dan keutamaan anda
  • Mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah disedikan oleh kami.


Bolehkah anda menghentikan langganan dan membatalkan persetujuan?

Sekiranya anda ingin menghentikan langganan pemprosesan maklumat peribadi anda daripada kami, sila tekan butang “Unsubscribe” yang tertera di dalam e-mel surat berita yang dihantar kepada anda.

 

Maklumat peribadi anda boleh dipinda

Maklumat peribadi anda boleh dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa selain Malaysia, kepada ahli bersekutu kami, anak syarikat, entiti kawalan bersama atau pembekal yang terletak di luar Malaysia dan/atau di mana pelayan kami berada walaupun di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju untuk memindahkan maklumat peribadi anda dari Malaysia seperti yang diterangkan disini.

 

Dengan siapa maklumat peribadi anda dikongsi?            

Maklumat peribadi anda boleh dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga untuk tujuan lanjut. Kami mungkin terlibat dengan syarikat lain, pembekal perkhidmatan atau individu yang berkaitan, seterusnya boleh mengakses atau mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga. Pihak ketiga yang dimaksudkan dalam bahagian ini termasuk:

  • Ahli bersekutu kami, Media Prima Digital Sdn Bhd untuk pemprosesan data dan penyimpanan data;
  • Untuk tawaran promosi kepada akhli bersekutu kami, anak syarikat, rakan promosi dan pengiklanan, termasuk pihak yang bekerjasama untuk acara tertentu, program dan aktiviti untuk mempromosikan Laman Web dan/atau produk dan perkhidmatan di laman Web. Jika anda ingin menerima sebarang promosi anda boleh hubungi kami di ask@superdeals.com.my;
  • Ahli bersekutu perniagaan kami tidak mengawal vendor kami, peniaga dan penjual. Kami cuma mengendalikan gudang, menyediakan perkhidmatan atau menjual vendor/perniaga/penjual produk dan perkhidmatan. Kami berkongsi maklumat peribadi anda berkenaan transaksi yang meilbatkan pihak-pihak ini, supaya kami dapat memproses pesanan anda;
  • Teknologi Maklumat (IT) menyedia perkhidmatan untuk infrastruktur, perisian dan pembangunan;
  • Pihak ketiga menyediakan perkhidmatan yang kami gunakan untuk melaksanakan fungsi mereka bagi pihak kami. Fungsi-fungsi ini termasuk memenuhi pesanan, menyampaikan produk dan perkhidmatan kami, menghantar surat dan e-mel, dan menyediakan perkhidmatan di pusat panggilan kami. Mereka mempunyai akses kepada maklumat peribadi yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dan perkhidmatan mereka tetapi tidak boleh menggunakannya untuk tujuan lain.
  • Penasihat professional dan juruaudit luar, termasuk penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan perunding; dan
  • Pihak berkuasa kerajaan untuk mematuhi keperluan berkanun dan peraturan kerajaan.

Maklumat peribadi anda juga boleh dikongsi dalam sambungan dengan urus niaga korporat, seperti penjualan anak syarikat atau bahagian, penggabungan, penyatuan, atau penjualan aset, atau sekiranya berlaku penggulungan.

Pemberitahuan melalui e-mel dan surat berita        

Kami memberitahu anda melalui surat berita tentang perkhidmatan terbaru kami, produk, perkhidmatan dan promosi terbaru. Dengan melanggan surat berita kami, anda memilih untuk menerima pemberitahuan melalui e-mel. Anda boleh memilih untuk menghentikan langganan surat berita kami atau dari senarai mel kami pada bila-bila masa dengan menekan pada butang “Unsubscribe” pada laman web kami, yang tertera di dalam surat berita yang di hantar melalui e-mel. Kami juga akan menghantar respon kepada soalan anda, maklumbalas, aduan atau permintaan anda, melalui e-mel. Anda boleh juga berkomunikasi dengan kami melalui e-mel.

Kuki (Cookies) dan Pengiklanan Internet

Kuki adalah fail teks mudah yang disimpan dalam peranti anda dengan pelayan laman web dan hanya pelayan web yang boleh mendapatkan kembali atau membaca kandungan kuki itu. Setiap kuki adalah unik untuk pelayan web anda. Ia mengandungi beberapa maklumat tanpa nama seperti pengindentifikasi khusus dan nama tapak serta beberapa digit dan nombor.

Laman Web mengunakan kuki untuk beberapa tujuan termasuk mengetahui lebih banyak mengenai anda dan kepentingan anda dengan menyampaikan kandungan yang berkenaan dan pengiklanan yang menarik perhatian anda, mengingati log masuk anda untuk paparan pilihan anda dan corak, produk dan perkhidmatan pelanggan kami (yang dipromosikan di laman web) yang dibeli semasa anda melawat laman web.

Kami boleh menjual papan iklan kepada pihak ketiga yang boleh menggunakan kuki untuk menyediakan iklan yang bersesuaian dan mempunyai dasar privasi yang berlainan. Sekiranya anda memerlukan pautan ke dasar tersebut, sila hubungi ask@superdeals.com.my.

Dengan melayari laman web atau menekan pada iklan pelanggan kami, anda bersetuju untuk menggunakan kuki kecuali anda memilih untuk tidak menerima. Sekiranya anda sudah melumpuhkan dan memadamkan kuki yang telah ditetapkan, anda tidak akan dapat meneruskan proses “Daftar keluar” atau menggunakan perkhidmatan kami yang disediakan di Laman Web kami.

Siapa yang patut dihubungi untuk mengemas kini maklumat peribadi anda? Bagaimanakah anda mengehadkan pengumpulan, penggunaan atau pengedaran maklumat peribadi anda?

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkenaan dengan polisi ini, maklumat peribadi anda atau berhajat untuk melaksanakan hak anda berkaitan maklumat peribadi, sila hubungi khidmat pelanggan kami di ask@superdeals.com.my atau 03-92125750 pada hari Isnin – Jumaat pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Berhubung dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan maklumat peribadi anda, kami mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat mana-mana pembetulan mengenai maklumat peribadi anda atas sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang seperti perbelanjaan yang menyediakan akses kepada anda adalah tidak seimbang dan berbahaya kepada anda atau privasi orang lain. Kami berhak untuk mengenakan bayaran untuk mengakses maklumat peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Adakah dasar privasi ini digunakan untuk laman web pihak ketiga?   

Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga melalui sepanduk atau iklan web, atau anda boleh mengakses dari laman web lain yang diselia oleh pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawasanya kami tidak bertanggungjawab untuk mengumpul, mengguna, menyelenggara, berkongsi atau mendedahkan data dan maklumat daripada pihak ketiga. Sekiranya anda memberi maklumat terus kepada tempat itu, dasar privasi dan terma perkhidmatan  tersebut boleh digunakan dan kami tidak bertanggungjawab untuk pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman web tersebut.

 

Adakah kami mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur?

Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila pastikan anak anda di bawah umur (Individu di bawah umur 18 tahun) di bawah jagaan anda tidak menghantar sebarang maklumat peribadi kepada kami. Sekiranya anda dapati maklumat peribadi anak anda sudah diberikan kepada kami, sila hubungi kami untuk memaklumkannya. Sekiranya kami tidak menerima sebarang maklum balas mengenainya daripada anda sebagai ibu bapa atau penjaga sah, ketika memberi maklumat peribadi kepada kami, kami menganggap anda membenarkan pemprosesan peribadi kanak-kanak itu (sebagai ibu bapa atau penjaga sah kanak-kanak) dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan dasar privasi ini dan bertanggungjawab diatas tindakan mereka.

Adakah anda perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak ketiga apabila mengemukakan maklumat peribadi mereka kepada kami?

Perlu. Dalam beberapa keadaan, anda mungkin telah memberikan maklumat peribadi yang berkaitan dengan individu lain (seperti pasangan anda, kaum keluarga dan rakan-rakan) dan dalam keadaan sedemikian anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah diberi kuasa untuk memberikan maklumat peribadi kepada kami dan anda telah memperoleh persetujuan mereka untuk maklumat peribadi mereka diproses dan digunakan mengikut cara yang ditetapkan dalam dasar privasi ini.

Adakah maklumat peribadi anda selamat ?

Langkah-langkah keselamatan, termasuk Secure Socket Layer (SSL),   teknologi penyulitan disediakan untuk melindungi maklumat peribadi yang kami kumpulkan daripada akses tanpa izin, penggunaan yang tidak wajar atau pendedahan, pengubahsuaian yang tidak dibenarkan, pemusnahan haram atau kehilangan tidak sengaja. Maklumat peribadi tersebut akan disimpan dan disokong dengan selamat di persekitaran yang selamat. Hanya mereka yang diberi kuasa dengan menggunakan ID dan kata laluan dari kami sahaja dapat mengakses maklumat itu. Semua perkerja kami dan pemproses data yang mempunyai akses kepada dan berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi bertanggungjawab untuk menghormati dan merahsiakan akaun langganan dan maklumat profil anda.

Versi mana yang akan dirujuk sekiranya dasar privasi bahasa Inggeris bertentangan dengan versi terjemahan bahasa yang lain?

Dasar privasi ini boleh didapati dalam bahasa lain. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan atau ke tidak selarasan dengan dasar privasi bahasa Inggeris dan selepas sebarang terjemahan ke dalam bahasa yang lain, versi bahasa Inggeris ini akan diguna pakai untuk rujukkan.

 

 

Ada soalan lagi? Serah permintaan

0 Komen

Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.